Tuesday, June 15, 2010

Khasiat Daun Belum


Seseorang yang aktif dan lasak pastinya akan mengalami sesuatu perkara yang tidak diigini berlaku, misalnya bengkak, terseliuh atau tersalah urat. Biasanya ia sering berlaku pada bahagian kaki dan pergelangan tangan. Waktu itu kita akan mengerang kesakitan. Bahkan kemungkinan tidak dapat bergerak, apabila kita mengalami patah atau retak pada bahagian tersebut.


Bagi mengurangkan kesakitan yang dialami, kita akan sapu dengan minyak urut pada tempat yang sakit. Namun pada masa dahulu,ada sejenis tumbuhan di dalam hutan atau herba yang sering digunakan untuk mengurangkan kesakitan. Tumbuhan tersebut di kenali sebagai pokok Tembaga Suasa atau juga dikenali dengan panggilan pokok Belum. Nama santifiknya ialah Crinum Asiaticum.


Pokok ini agakmudah dikenali, kerana ia mempunyai daun yang besar dan panjang kira-kira 2 meter. Daun juga kelihatan hampir sama dengan daun Pandan. Batangnya agak besar dan berisi. Ia mudah didapati di tepian pantai dan di dalam hutan.


Untuk merawat kesakitan, ambil beberapa helai daunnya, kemudian ditumbuk sehingga lumat dan tampalkannya pada bahagian yang sakit. Kemudian balut pada tempat yang sakit tadi dengan menggunakan daun pokok Belum supaya lebih cepat meresap.Amalkannya sehingga hilang rasa sakit atau bengkak.








No comments:

Post a Comment