Tuesday, June 15, 2010

Mengkudu Apa Khasiatnya?



Tidak banyak kegunaan pokok mengkudu kepada masyarakat di negara ini, melainkan daun dan buahnya yang kadangkala digunakan sebagai ulam dan kerabu.
Suatu ketika dahulu,daun mengkudu dijadikan bahan ubatan tradisional sebagai meniru amalan perubatan masyarakat dahulu. Mengkudu atau nama saintifiknya Merinda Citrifolia diketahui begitu kaya dengan pelbagai ramuan ubatan sehingga digelar sebagai ratu tumbuhan.
Khasiat buah mengkudu boleh meredakan tekanan darah tinggi, senggugut,ulser, kencing manis, kerosakan buah pinggang, pundi hempedu serta salah urat. Selain itu, buah mengkudu juga dikatakan dapat merencatkan pertumbuhan sel-sel barah, ini kerana ia mempunyai kesan anagesik (penahan sakit), antiseptik (membunuh kuman) dan menghalang pertumbuhan parasit serta kulat.
Seluruh bahagian pokok mengkudu dikatakan mempunyai nilai perubatan yang tersendiri. Biji mengkudu juga dipercayai boleh digunakan sebagai julap.Daunnya dikatakan mujarab untuk merawat sakit kulit, mengurangkan sakit dan radang kulit. Batang pokok mengkudu pula digunakan untuk mengurangkan tekanan darah,sementara ekstra daripada bunga mengkudu pula dipercayai boleh menyembuhkan sakit mata.
Masyarakat melayu sama ada di Malaysia atau di Indonesia pula biasanya menggunakan buah mengkudu untuk mengubati gangguan semasa kencing, batuk, senggugut dan pendarahan. Walaupun pokok mengkudu tumbuh liar di kawasan kampung tetapi penggunaannya sebagai bahan perubatan tradisional semakin dilupakan.

No comments:

Post a Comment