Tuesday, June 15, 2010

Terung Menjaga Kesihatan Jantung



Terung ialah tumbuhan yang tergolong dalam keluarga Solanaceae dan genus Solanum. Ia berasal dari India dan Sri Lanka, dan mempunyai kaitan yang rapat dengan buah tomato dan ubi kentang. Terung biasanya digunakan sebagai sayur untuk masakan. Nama botaninya Solanum melongena.

Pokok terung ialah pokok saka yang seringnya ditanam sebagai pokok setahun. Ia tumbuh sehingga 40 - 150 cm (16 - 57 inci) tingginya. Daunnya besar, dengan lobus yang kasar. Ukurannya 10 -20 cm (4-8 inci) panjangnya dan 5 - 10 cm (2-4 inci) lebarnya. Jenis-jenis separa liar adalah lebih besar dan tumbuh sehingga 225 cm (7 kaki), dengan daun yang melebihi 30 cm (12 inci) panjangnya dan 15 cm (6 inci) panjangnya. Batang pokok seringnya berduri. Warna bunganya antara putih hingga ungu, dengan korola yang memiliki lima lobus. Stamennya berwarna kuning. Buah tepung berisi, dengan diameter yang kurang daripada 3 cm untuk pokok liar, dan lebih besar lagi untuk jenis yang ditanam.

Dari segi botani, terung dikelaskan sebagai buah beri mengandungi banyak biji yang kecil dan lembut. Biji itu boleh dimakan tetapi rasanya agak pahit kerana ia mengandungi alkaloid nikotina. Ini tidaklah menjadi suatu kemusykilan kerana terung ialah saudara rapat tembakau.

Terung juga, boleh menurunkan paras kolesterol dalam badan, ia juga dapat melawaskan pembuangan air kecil. Sejenis bahan anti pengoksidaan yang terdapat pada buah terung, boleh membantu menghindarkan beberapa jenis penyakit antaranya penyakit Barah.

Terung baik untuk ibu-ibu mengandung, ia membekalkan folate, iaitu sejenis vitamin yang menjaga kesihatan janin dalam kandungan. Terung juga boleh merawat kulit wajah yang berjeragat dan baik untuk merawat bahagian-bahagian yang melecur atau berkudis.

Ada sesuatu yang menarik di sini..hanya klik ..ia PERCUMA!!!













1 comment:

  1. Online Casino Games - Kadangpintar
    Online Casino Games - Kadangpintar.com. Game Selection, Best Slot Games, 인카지노 Real Money Casino Games. Get bonuses 제왕 카지노 for games kadangpintar at Kadangpintar.com.

    ReplyDelete