Tuesday, June 15, 2010

Kacang Hazel Ubat Penyakit Barah

RAMAI yang menjauhi kekacang kerana menganggap ia menggemukkan. Sesetengah wanita pula beranggapan ia menjadi punca jerawat. Namun kajian terkini menunjukkan kekacang boleh membantu untuk melindungi diri daripada beberapa penyakit seperti sakit jantung dan kencing manis.



Sekiranya ia diambil sebagai sebahagian daripada diet yang menyihatkan, ia juga tidak menjadi faktor penyumbang kepada masalah kegemukan. Dalam satu kajian, menikmati kacang lima kali seminggu membantu untuk mengurangkan separuh kali ganda risiko penyakit jantung.


Kandungan khasiat dalam kekacang pula berbeza antara satu sama lain, tetapi secara umum ia mengandungi kandungan lemak tepu yang rendah serta tiada kolesterol.


Ia juga dilengkapi serat tumbuhan dan protein tumbuhan yang baik sebagai alternatif untuk daging.


Khasiat kekacang lain termasuk kandungan vitamin E dan B6 serta niasin dan asid folik di samping kandungan magnesium, zink, zat besi, kalsium, selenium dan kalium.


Pengambilan kekacang juga membantu untuk merendahkan kadar kolesterol tidak baik serta membantu mengekalkan saluran darah menyihatkan.


Kebanyakan kekacang yang dimaksudkan termasuk badam, pecan, gajus, hazel dan pistachio.


Badam yang kaya dengan sumber vitamin E, dianggap sangat berkhasiat untuk sistem otak dan saraf seperti dinyatakan dalam bidang perubatan Ayurveda. Kajian terkini pula menyatakan badam mempunyai kesan antiradang serta membantu meningkatkan ketahanan tubuh.


Sesetengah orang mengalami alahan terhadap kekacang justeru pengambilannya harus dielakkan terutama di kalangan kanak-kanak.

Untuk mereka yang tidak mengalami sebarang alahan, kekacang boleh dipelbagaikan penggunaannya dalam masakan.





Sesuatu yang berharga untuk anda... hanya klik di sini...ia PERCUMA!!!



No comments:

Post a Comment